Jenayah | Suspek kes tembak anggota PGA didakwa

2022-03-22 0

Dua petani warga Thailand yang terbabit kes serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Padang Besar pada 24 November lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini atas kesalahan memasuki negara ini tanpa pas sah.
Tertuduh, Dah Wae Hatama, 36 tahun, membuat pengakuan bersalah, manakala rakannya, Mahyee Ma-Ae, 34 tahun, tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Musyiri Peet.